Thursday, 5 November 2009

"Tak mau sakit kepala..."apek tua

Semasa saya turun dari bas, seorang apek tua (lelaki tua berbangsa Cina) turun sama. Kami berjalan ke arah yang sama. Menuju ke rumah masing-masing. Saya ambil kesempatan berbual dan meninjau pandangan apek tua itu.

"Umo berapa?" tanya saya. "72 taun..."jawap apek.

"Mana pegi?"

"Lawang(Rawang) ma..pagi-pagi lepas minum, saya hali-hali pegi Lawang. Kalu duduk rumah, makan tiduk, makan tiduk. Nanti kepala pun sakit. Itu macam-macam mau masuk( nak fikir), kita tak mau pun dia masuk juga, haiya, manyak sakit kepala," jelas apek panjang lebar.

"Sana Lawang saya ada manyak kawan. Sembang-sembang, cerila-celita, petang balik la. Malam sudah penat tiduk. Itu macam la..."sambung si apek lagi.

"Sikalang ada macam-macam celita ooo. Itu jahat punya olang, itu curi, gaduh, kasi bunuh punya olang pun manyak ooo. Saya pun tak mau sakit kepala..."

Itulah antara rungutan rakyat. Yang bergaduh, mencuri dan bunuh orang ni bukan orang bodoh, bukan budak kecil yang belum berakal dan bukan semua orang susah. Cerdik pandai, orang kaya, tokoh terkenal, ahli politik dan 'ahli' agama pun juga terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri, mencuri harta rakyat atau harta awam dan juga terlibat dengan kes bunuh.

Siapakah yang dapat selesaikan masaalah ini. Pada hari ini pemimpin yang kita harapkan dapat menyelesaikan masaalah masyarakat bergelut dengan masaalah mereka sendiri yang nampaknya jauh lebih parah!

Masa inilah kita patut kembali menyorot ketokohan dan kewibawaan Abuya Ashaari Muhammad. Kepada mereka yang belum kenal maka anda masih belum terlambat.

Thursday, 29 October 2009

Muak, seram dan terhibur

Bila mengikuti kisah, berita dan ulasan politik tanah air tidak kiralah melalui media tradisonal atau pun media baru atau media alternatif seperti blog, akhbar online dan sebagai dari sehari ke sehari bertambah meluat dan dah naik muak melihat gelagat ahli politik dan penyokong-penyokong masing-masing. Macam dah tak nampak jalan keluar lagi. Maklumlah, orang yang hendak cuba menyelesaikan masalah pun bermasaalah. Bagaimana doktor yang sedang sakit kronik hendak merawat pesakit kronik. Dua-dua dah patut masuk wad dan terlantar dikatil pesakit. Jadi kita dah hilang kepercayaan serta hilang harapan pada ahli politik seterusnya sistem politik itu sendiri.

Kenapa sistem politik pun nak ditolak? Sebab sistem itulah yang melahirkan ahli-ahli politik dan penyokong mereka yang tak henti-henti nak bergaduh dan bersengketa. Bukan sahaja mereka dah tak layak nak selesaikan masaalah masayarakat sebliknya masaalah mereka pula minta masyarakat selesaikan dengan mengadakan pilihanaraya berkali-kali. Akhirnya semua masyarakat diheret dalam sengketan orang politik. Kan bertambah muak kiat dibuatnya.

Bila pula kita menyelami masaalah jenayah, wabak penyakit dan gejala sosial seperti kelahiran dan pembuangan anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi kita pula jadi naik seram. Seram apakah jaminannya yang diri dan keluarga kita tidak akan terlibat atau terjebak sama dalam kebejatan ini?

Sesekali datang rasa mahu mengasingkan diri dan keluarga daripada terlibat secara aktif dalam masyarakat setempat kerana khuatirkan wabak penyakit yang menular pula di mana-mana. Kenapa semua ini terjadi dan seolah-olah sengaja dikumpulkan dalam satu masa yang hasilnya sangat membimbangkan perasaan setiap orang?

Baru-baru ini Abuya ke Indonesia. Beberapa hari dan kini sudah kembali ke Malaysia. Di Indonesia Abuya semat bertemu keluarga dan saudara mara sebelah ibunya. Terutamanya Abuya sempat bertemu dan menghubungkan kembali pertalian keluarga dengan sepupunya. Banyak peristiwa dan kisah yang menakjubkan.

Pertemuan dengan beberapa menteri Indonesia dan juga Jenderal Wiranto adalah antara pertemuan penting yang menggambarkan Abuya merupakan penyelamat. Mereka datang menemui Abuya dengan harapan walau pun pada lahirnya Abuya sendiri sudah tiada harapan lama melihatkan fizikal Abuya yang terlalu uzur. Kenapa dalam keadaan Abuya sedemikian masih dijadikan harapan dan sandaran untuk menyelamatkan Indonesia?

Peluncuran kelab poligami Ikhwan di Indonesia pula telah menenggelamkan berita-berita nasional di sana temasuk berita pembentukan kabinet baru Presiden SBY. Maka sudah lebih tentu berita kunjungan Perdana Menteri Malaysia tidak mampu melawan arus berita kedatangan Abuya ke sana.

Melihat perkembangan yang sangat mengkagumkan ini terhibur kembali hati kerana harapan dan keyakinan pada janji Tuhan kian menjelang.

Friday, 23 October 2009

Balik Kampung, Anak Ramai, Bermadu

Penutup acara sepanjang Syawal saya membawa keluarga menziarahi kampung halaman. Awal pagi bertolak daripada Rawang dengan dua buah kenderaan diisi dengan 18 nyawa menuju destinasi pertama iaitu rumah Kak di Bukit Cawi, Seberang Perak. Sarapan pagi kami ke rumah Kak Yang yang terletak tak jauh dari situ.

Antara acara yang menarik adalah demo makan nasi durian. Musim durian dulu-dulu orang kampung biasa pelawa jiran-jiran dan saudara mara makan nasi durian bawah pokok durian sebagai tanda kesyukuran dan berdoa agar pada musim akan datang pokok-pokok durian 'sudi' berbuah lebat. Mouncah!

Nasi durian adalah adunan isi durian, pulut, santan dan sedikit gula. Kesemua bahan tersebut digaul atau lebih sedap dilenyek-lenyek kemudian terus makan. Memang ummp!  Power ke tak powernya tergoda juga isteri-isteri dan anak-anak untuk mencuba jamuan istimewa pagi itu.

Setelah perut kenyang, kami menyambung lawatan ke kampung asal saya di Bandar Tua melalui jalan yang merentasi sawah padi di blok A. Rumah tua dah tinggal dan tenggelam dalam semak yang dah hampir macam hutan. Sempat singgah di rumah Ketua Kampung dan beramah mesra dengan Wan Syah. Terkejut dia bila kedua-dua isteri saya duduk bersebelahan semasa kami bergambar beramai-ramai. Kami berehat setelah bersolat jamak taqdim dan qasar di madarasah besar kampung saya. Semua kenangan silam bermain dalam khayalan saya. Masih terlalu segar.

Makan tengahari di rumah Kak. Kak suka kami datang dan makan walau pun kami ramai. Dalam adik beradik sayalah yang paling ramai anak. 16 orang dengan seorang daripadanya meninggal pada umur sehari. Ada 15 orang campur dua ibu satu bapa jumlahnya 18 orang.  Apa saja yang dihidang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Makan begitu selera. Ulam-ulaman paling utama. Bagi saya pucuk sentang sudah jatuh mesti ada. Pekasam, gulai lemak, jantung pisang dan macam-macam makanan ala kampung yang ringkas tapi membuka selera. Kak dan Yob sentiasa memastikan yang kami semua dapat makan dan bertambah-tambah.

Sebelah petang kami sambung perjalanan ke Ipoh untuk mencuba berhari raya di rumah Cik. Saya sendiri hampir enam tahun tidak 'dibenarkan' masuk ke rumah Cik akibat timbul sedikit salah faham antara saya dengan Abang Cik. Petang itu saya telah telefon awal minta izin. Alhamdulillah, kami sekeluarga dipelawa dan disambut oleh Cik dan Abang Cik sekeluarga menjelang maghrib. Sempat berbual dan menjamu selera apa yang tersedia. Pertemuan ringkas ini menamatkan 'perang dingin' keluarga kami.

Inilah rezeki hasil poligami yang diproses untuk menjadi model rumah tangga bahagia. Saya perasaan kebanyakan 'mereka' terkesan dengan penampilan keluarga besar ini. Tidak dapat disembunyikan kekaguman wanita kepada wanita yang bermadu dan hidup berbaik-baik di bawah satu bumbung.

Dalam perjalanan pulang kami berhenti solat jamak taqdim di hentian rehat Behrang. Menarik dapat solat berjamaah di wakaf dengan anak-anak kecil bermain di bawah lampu neon.

Ringkasnya sepanjang perjalanan tersebut terdapat proses ke dalam dan proses ke luar. Ilmu, pengalaman, rezeki, pengajaran, kemesraan dan kasih sayang terbina secara bersahaja samada ke dalam keluarga kami maupun antara adik-beradik dan saudara mara. Tentunya jika niat untuk dan kerana Tuhan hasilnya jauh berbeza sekali pun pada lahirnya perjalanan ini sama dengan orang lain. Terima kasih Tuhan Yang Maha Baik.











Tuesday, 13 October 2009

Perempuan, isteri dan orang rumah

Semasa di UKM siang tadi saya terfikir kenapa kelihatan pelajar perempuan jauh lebih ramai berbanding pelajar lelaki di mana-mana. Di perhentian bas, lorong-lorong pejalan kaki, kantin atau kafeteria, pusat sumber, dewan kuliah, wakaf atau tempat-tempat rehat, musalla dan hampir di mana-mana sahaja pelajar perempuan dapat di lihat lebih banyak berbeza dengan pelajar lelaki. Cuma mungkin di padang permainan barulah bilangan lelaki lebih menonjol.

Saya tidak pasti perbezaan jumlah sebenar pelajar mengikut gender di IPTA atau IPTS. Tetapi jika kita pergi ke mana-mana tempat awam, kita akan saksikan perempuan lebih ramai samada remaja, gadis mau pun peringkat dewasa. Tidak pasti apakah perempuan sekarang ini lebih banyak masa mereka berada di luar rumah berbanding masa mereka di dalam rumah?

Apakah benar masa ini menepati ciri-ciri akhir zaman di mana wanita lebih berbanding lelaki? Wanita lebih ramai, lebih menonjol, lebih pandai, lebih bekerjaya, lebih hebat, lebih glamour dan berlebih-lebih.

Terlalu sukar mencari perempuan yang tidak merasa diri mereka lebih dari lelaki walau pun sekadar 'perempuan ala P Ramlee' seperti dalam cerita musang berjanggut. Sedangkan antara ciri wanita solehah adalah merasa malu dan tidak merasa diri lebih hebat dariapda lelaki terutamanya suami masing-masing.

Jika perempuan yang solehah sukar dicari bagai mana mahu mencari calon isteri yang solehah?

Isteri yang solehah hampir mustahil kerana sekadar isteri macam 'orang rumah' bapa-bapa zaman dahulu pun semakin sukar dicari. Isteri yang lebih banyak di rumah kerana menjaga maruah diri, keluarga dan siap sedia untuk melayan suami tercinta. Sekali pun hidup mereka kadang kala susah miskin dan papa tetapi kerukunan rumah tangga dapat dipelihara sehingga ke anak cucu bahkan bercicit berpiut pun ada.
  

Sunday, 11 October 2009

Bersoreh, Sakit dan Kematian

Khamis lepas Abang Cik Hassan, suami kepada Kak Cik sepupu sebelah emak meninggal dunia akibat barah hati. Setelah berusaha melaui pelbagai kaedah rawatan maka janji ajal yang tidak akan lewat maupun cepat walau sesaat pun tiba. Itulah pusingan hidup semua yang bernyawa. Yang kekal hanya Allah swt.

Kami sempat menziarahi Kak Cik sekeluarga di Felda Keratong 5. Saya, emak, Kak Yang, Kak, Yob, Lina, Wan Teh, Pak Musa dan isterinya sampai tepat tengahari beberapa jam selepas jenazah selamat dikebumikan. Ziarah dan takziah kematian bergabung dengan ziarah hari raya.

Kesempatan bertemu mak saudara sebelah emak, sepupu, anak saudara sepupu, saudara mara jauh dan dekat tidak dilepaskan peluang 'bersoreh'. Bersoreh merupakan usaha menjejaki susur galur keturunan atau sebab-sebab wujudnya pertalian keluarga atau saudara.

Pertalian kekeluargaan wujud hasil jaringan perkahwinan. Hasil perkahwinan terjadilah gabungan dua keluarga suami dan isteri. Daripada pasangan tersebut lahir pula generasi baru yang akan berkembang biak. Untuk tahu dan faham apa kaitan dan juga susunan hubungan antara generasi tersebut inilah yang dikatakan proses bersoreh.

Dalam keluarga sebelah emak ada seorang sepupu iaitu Abang Ahmad Dahalan yang rajin menyimpan dan menyusun data keluarga mengikut urutan dan kaitan hubungan satu sama lain. Usaha ini patut diberi sokongan dan yang baiknya diusahakan pula semua yang terkait dapat dipertemukan dalam satu majlis.

Abang Mad baru-baru ini menjalani pembedahan untuk membuang kanser pada otak. Baru dua bulan dan dalam proses pemulihan. Sebelumnya beliau mengalami kanser prostat dan sekarang telah dikesan pula menghidapi kanser tulang. Saya mendoakan beliau tabah dan sentiasa dipimpin Allah dalam mengharungi ujian. Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Baik sentiasa memberi peluang terbaik kepada hamba Nya. Bukankah telah lama diberikan nikmat kesihatan? Jika sihat kita bersyukur maka sakit wajarlah kita bersabar dan insaf kerana itu juga tanda kasih sayang Tuhan.


Kematian adalah pasti sedangkan kehidupan di dunia ini yang belum pasti berapa lama lagi. Sebaik-baiknya kita patut bersiap sedia untuk menghadapi hidup selepas mati yang sudah pasti berbanding terus menerus merancang dan berangan-angan mengenai kehidupan dunia yang belum pasti.

Sakit merupakan penghapusan dosa. Dosa lahir mau pun dosa batin. Kematian adalah syarat menemui cinta. cinta Tuhan dan cinta Akhirat. Kematian pemusnah cinta dunia. Orang yang sering mengingati mati akan memusnahkan cinta dunia yang bersarang dalam hati. Inilah proses kasih sayang Tuhan supaya kita kembali kepada Nya dengan membawa hati yang suci, bersih lagi sejahtera.

Tuesday, 29 September 2009

Keluarga, kawan, terkorban, berhari raya dan ustaz glamour


            Adik bongsu sekeluarga bersama emak tercinta pada hari raya pertama


Keluarga adalah asas kepada masyarakat. Membina keluarga bahgia atau keluarga yang bertaqwa adalah keperluan asas kepada pembinaan sebuah masyarakat harmoni, berkasih sayang dan bersatu padu. Tanpa usaha yang berterusan dalam membina  atau membangun keluarga yang bertaqwa mengharapkan akan terjadinya sebuah masyarakat yang berkasih sayang dan berpadu hanyalah sebuah mimpi yang tidak mungkin jadi realiti.

.
  
Kak Yang dengan anak cucunya semasa ziarah ke rumah kami  pada hari raya kelima                                                                 


Jadi jika ada mana-mana pemimpin yang mendakwa mampu membangunkan sebuah masayarakat yang penyayang, harmoni dan berpadu tetapi dalam realitinya pemimpin tersebut gagal membina sebuah keluarga yang bertaqwa termasuk kepada para pengikut dan penyokongnya maka dakwaan pemimpin berkenaan dan harapan kepadanya adalah dakwaan palsu yang merupakan harapan kosong semata-mata.

Antara aset yang penting dalam kehidupan ini ialah kawan. Kawan setia atau kawan sejati sukar dicari di zaman ini. Kawan susah dan senang, suka dan duka. Kawan sefahaman dan seperjuangan. Sejak mengenali Abuya (dulu Ustaz Ashaari) kira-kira 25 tahun lalu hingga ke hari ini saya direzekikan mendapat kawan dan kenalan yang ramai. Kawan seperjuangan adalah aset yang sangat bermakna. Adakalanya kawan-kawan ini jauh lebih 'kuat' komitmen mereka berbanding keluarga sendiri. Memang kawan sejati lahir daripada hati yang sama-sama ingin mengejar cinta Tuhan.



Syeikh Nizamuddin (anak ketiga Abuya) sekeluarga bersama Abuya tercinta

Semalam berkesempatan berbincang dan bertemu kawan-kawan seperjuangan sejak 'bercuti' hari raya. Merebut peluang untuk memenuhi kuota RM20,000.00 setiap dua minggu sebagai latihan mendapat taqwa adalah fokus perbincangan. Duit bukan persoalan besar jika Tuhan menjadi agenda utama. Cabaran mendapatkan sejumlah wang yang diluar kemampuan akal adalah jambatan untuk benar-benar bergantung dengan Tuhan. Terbukti bila mana ada team yang hanya dianggotai seramai 18 orang mampu mengumpulkan jumlah RM20,000.00 setiap dua minggu secara istiqomah untuk Tabung Taqwa sejak lebih setahun lalu. Bukankah perjuangan kebenaran akan mendapat pembelaan dan pertolongan Tuhan jika kita berada pada landasan yang benar dan tepat. 'Kunci emas' yang telah dianugerahkan perlu diguna dan dimanfaatkan sebenar-benarnya.

Setiap kejayaan perlukan sebuah perjuangan. Setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Setiap pengorbanan pasti adanya yang terkorban. Demi Tuhan sanggupkah kita terkorban?

Hari ini saya berhari raya untuk puasa sunat Syawal. Semalam ada beberapa kawan seperjuangan ziarah raya ke rumah bercerita ada seorang ustaz yang sedang glamour di tv berkata bahawa hari raya hanya ada dua, iaitu hari raya aidil fitri dan aidil adha. Tiada hari raya puasa enam tegasnya. Persoalan yang remeh temeh dan isu cacar marba seperti istilah begini yang selalu diperbesarkan oleh ustaz-ustaz di tv.

Sepatutnya berikanlah jalan penyelesaian kepada masalah rumah tangga dan masyarakat yang sangat diperlukan oleh orang ramai. Tentu sekali bukan sekadar ilmu atau teorinya tetapi yang lebih utama ilmu atau teori tersebut benar-benar telah terbukti dalam praktikalnya sehingga keluarga ustaz-ustaz yang glamour di tv tu dah boleh dan layak dijadikan model untuk contoh ikutan orang awam.  Sepatutnya peluang yang Tuhan berikan dapat bercakap di khalayak ramai digunakan sebaik mungkin memimpin dan membimbing orang ramai membesarkan Tuhan sehingga Tuhan benar-benar ditakuti dan dicintai. Bukankah segala masalah yang melanda masyarakat pada hari ini berpunca daripada kerana manusia telah melupakan Tuhan.

Sebab itu kita sering hampa dengan ceramah dan kuliah ustaz-ustaz atau ustazah-usatazah, pakar-pakar motivasi yang glamour di tv atau di corong-corong radio tidak terkecuali yang di masjid atau surau kerana kebanyakan atau rata-rata mereka sudah tidak mendidik umat supaya kembali mencintai Allah, Rasul dan hari Akhirat. Ilmu yang disampaikan semakin tawar, hambar dan tidak bermaya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Contoh tauladan atau model kehidupan berTuhan jauh sekali dapat dipertontonkan untuk ikutan awam. Kadang-kadang sikap dan tindak tanduk mereka lebih cenderung menggambarkan bahawa kehidupan dunia lebih dicintai daripada Allah, Rasul dan hari Akhirat.

Monday, 28 September 2009

Sulitnya untuk mendapat kebenaran

Mendapat kebenaran hakikatnya mendapat Tuhan. Kebenaran sesuatu yang sangat berharga dan tiada nilai yang dapat dijadikan sebagai tukar gantinya. Para Rasul, para sahabat dan para pejuang kebenaran sepanjang zaman sehingga terkorban nyawa dalam memperjuangankan kebenaran. Inilah reliati perjalanan perjuangan kebenaran.

Pagi hari raya dikhabarkan Abuya 'sihat' dalam kesakitan. Sebelah petang pula diberitahu bahawa Abuya sedang 'kesakitan'.

Dalam perjumpaan baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Abuya ditahap yang sangat membimbangkan. Fizikalnya hampir seperti orang yang tiada harapan. Tubuhnya kesejukan dan tiada pergerakan. Itulah keadaan Abuya yang mata kasar saksikan.

Tetamu yang datang tertutama yang baru melihat keadaan demikian diselubungi rasa bimbang dan penuh belas kasihan. Sebelum para hadirin sempat meluahkan perasaan simpati dan bimbang, Abuya lebih dahulu menyapa untuk menenang dan mententeramkan keadaan terutama kepada hati-hati mereka yang terlalu sayang. Abuya berkata,"Ini semua (perjuangan) hidup mati saya, saya terhibur dengan segala kesusahan (yang ditimpakan akibat terus menerus dalam perjuangan kebenaran)...," nah! Inilah jiwa dan nyawa seorang pejuang kebenaran.

keadaan Abuya ketika raya '08


Kesusahan dan penderitaan yang seolah-olah tidak ada kesudahan sepanjang perjuangan malah kehidupan Abuya telah menjadi hiburan semata-mata kerana kebenaran dan itulah sebenarnya hakikat seorang yang telah mendapat Tuhan!